Our Team

Persistra

Mari terokai dunia PERSISTRA TAX CONSULTANT (PTC), di mana profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan menjadi keutamaan kami.

Temui penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan anda serta perkhidmatan berkualiti yang direka untuk membantu perniagaan anda berkembang. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh dedikasi dan integriti.

Di PTC, kami pakar dalam membantu perniagaan mencapai matlamat mereka melalui khidmat perundingan yang berkesan dan bernilai. Pasukan kami yang berpengalaman sentiasa bersedia membantu anda mengharungi cabaran perniagaan serta mengenal pasti peluang baharu untuk pertumbuhan yang mampan.

Marilah kita melangkah bersama ke arah kecemerlangan strategi dan kejayaan yang berterusan. Bersama-sama, kita membina dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Kami amalkan 5P

Nilai Teras Kami

1)PROFESIONALISME

Mengamalkan tahap profesionalisme dan etika kerja yang tinggi melalui tingkah laku, kepakaran serta kualiti perkhidmatan yang diberikan. Kami menitikberatkan rasa hormat dan empati dalam setiap interaksi bersama pelanggan, rakan niaga dan rakan sekerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

2)PROAKTIF

Bersikap proaktif dengan mengambil inisiatif dan bertindak lebih awal sebelum sesuatu masalah atau cabaran berlaku. Kami sentiasa merancang serta melaksanakan langkah yang bersesuaian bagi menangani potensi risiko sebelum menjadi isu yang lebih besar.

3)PROGRESIF

Mengamalkan budaya yang mendorong perubahan, inovasi dan penambahbaikan berterusan. Kami sentiasa berusaha meningkatkan kaedah kerja, mencari penyelesaian yang kreatif serta praktikal bagi membantu pelanggan mencapai kejayaan perniagaan sambil mempertingkatkan ilmu dan kemahiran secara berterusan.

4)PRODUKTIF

Mengutamakan kecekapan dalam mencapai hasil yang terbaik melalui penggunaan sumber secara optimum. Kami komited menghasilkan kerja berkualiti tinggi dengan ketepatan masa yang ditetapkan.

5)PATUH (COMPLIANT)

Mematuhi prinsip agama, undang-undang negara serta polisi syarikat dalam setiap urusan kerja. Kami menyediakan perkhidmatan yang jelas dan telus bagi memastikan pelanggan menerima maklumat yang tepat, lengkap dan mudah difahami.

  • Usaha Rohani
  • Usaha Fizikal